Mangsa hilang ditemui lemas

Mangsa hilang ditemui lemas

KOTA KINABALU, 15 Julai – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Pulau Dinawan Kinarut, dekat sini malam tadi ditemukan lemas di pesisir pantai pulau berkenaan pagi tadi.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata mangsa Asbi Alidin, 55, warga asing ditemukan orang awam terdampar di kawasan berkenaan kira-kira 8 pagi.

“Kami menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 11.50 malam tadi dan 12 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari balai bomba Papar untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 9.05 pagi tadi. – Bernama