Mangsa Irma mulai pulang

ISLAMORADA, Amerika Syarikat (AS), 13 Sept – Penduduk di Florida Keys yang dilanda Taufan Irma, yang telah mengorbankan 12 orang di seluruh negeri, mendapati adegan pemusnahan ketika mereka pulang kelmarin di tengah-tengah operasi besar-besaran untuk memulihkan bekalan elektrik kepada jutaan orang yang masih lagi tanpa tenaga di tiga negeri selatan AS.

Ketika kakitangan kecemasan melalui runtuhan-runtuhan, jumlah kematian Irma di Florida meningkat dari jumlah sebelumnya dua orang. Ribut itu kini membunuh kira-kira 50 orang di seluruh Caribbean dan AS.

Rumah-rumah mudah alih berkecai, bot layar terdampar ke daratan dan timbunan sampah menyambut kedatangan penduduk Keys ketika polis mula memindahkan sekatan jalan ke pulau itu berikutan laluan Taufan Irma.

“Tiada banyak yang tinggal,” kata Patty Purdo, pelayan berusia 55 tahun, ketika dia meninjau rumahnya yang musnah di taman treler di pulau Islamorada.

Para pemimpin Eropah melawat Caribbean yang dilanda ribut di sebalik kritikan berhubung usaha bantuan dan Rumah Putih mengumumkan Presiden Donald Trump dan isterinya, Melania akan berkunjung ke Florida esok.

Sebuah kondo tiga tingkat musnah akibat Taufan Irma, yang berlaku di Islamorada di Florida Keys pada 12 September. – AFP

Brock Long, pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) berkata Irma mengakibatkan kemusnahan besar di Keys, 195km dari beberapa pulau luar pantai selatan Florida yang terkenal dengan aktiviti penyelaman skuba, memancing dan pelayaran bot.

Hampir 90 peratus rumah-rumah di kepulauan itu telah dimusnahkan atau musnah sama sekali, katanya.

“Kebanyakan kawasan itu masih lagi tanpa elektrik dan air. Perkhidmatan sel kadang-kadang ada dan tiada. Dan kebanyakan stesen minyak masih tutup,” kata pihak berkuasa di Kawasan Monroe, yang termasuk Keys, catatnya dalam Facebook.

Dengan lebih 15 juta penduduk tanpa bekalan elektrik di Florida, satu juta di kawasan kejiranan Georgia dan 20,000 di South Carolina, pihak berkuasa telah melancarkan usaha besar-besaran untuk memulihkan tenaga.

“Kami telah disertai lebih 30,000 individu dari luar negara membantu kami untuk memulihkan bekalan elektrik,” kata Gabenor Scott memberitahu wartawan semasa meninjau kemusnahan banjir di timur laut bandar Jacksonville. – AFP