Mangsa kebakaran Kampung Buaya, Tawau terima bantuan

Mangsa kebakaran Kampung Buaya, Tawau terima bantuan

TAWAU, 7 Feb – Sebanyak 36 ketua keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Buaya, di sini, menerima sumbangan wang tunai daripada anggota Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching dan Anggota Dewan Undangan Negeri Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Sumbangan peribadi oleh Tawfiq dan Mary Yap itu bertujuan meringankan beban ditanggung keluarga yang terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan 40 unit rumah setinggan, kira-kira pukul 3:30 pagi, semalam.

Berucap pada majlis itu, Tawfiq menzahirkan rasa simpati atas musibah yang menimpa penduduk di kawasan terbabit dan berharap agar ia dijadikan sebagai satu pengajaran dan memastikan perkara sama tidak berulang.

Terdahulu, Tawfiq dan Mary Yap mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 200 warga emas di Dewan SRJK Chung Hwa, serta menyampaikan ang pau dan limau kepada mereka bersempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada Isnin depan. – Bernama

Datuk Mary Yap Kain Ching (kanan) dan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyampai sumbangan peribadi kepada penduduk yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Buaya. – Bernama
Datuk Mary Yap Kain Ching (kanan) dan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyampai sumbangan peribadi kepada penduduk yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Buaya. – Bernama