Mangsa kebakaran mula dipindah melalui udara

Mangsa kebakaran mula dipindah melalui udara

LAC LA BICHE, Kanada, 6 Mei (AFP) – Semalam Kanada mula menyelamatkan dengan membawa melalui udara sehingga 25,000 orang dari bandar Fort McMurray yang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat kebakaran hutan di rantau minyak Alberta,

Pihak berkuasa mengarahkan bandar minyak yang mempunyai 100,000 orang penduduk dipindahkan selepas para anggota bomba yang dibantu oleh kereta tangki udara dan helikopter gagal mengawal kebakaran besar dari membakar keseluruhan kawasan.

Kira-kira 4,000 orang pergi ke utara bandar itu dengan dibawa melalui udara menuju Edmonton dan Calgary, Perdana Menteri Alberta Rachel Notley berkata dengan menambah kata harapan ialah untuk membawa melalui udara seramai 8,000 orang pada akhir hari ini.

Katanya, “Buat masa ini, kami sedang bekerjasama dengan pihak perindustrian supaya melakukan sebanyak mungkin pemindahan melalui udara.”

Pengangkutan melalui udara itu yang dilaksanakan dengan pesawat udara kerajaan dan petroleum bermula selepas mereka yang mencari perlindungan di utara bandar itu berisiko terperangkap jika angin yang beralih akan mengakibatkan kebakaran merebak ke arah mereka.

Penduduk dalam lingkungan kebakaran di Kanada mula dipindahkan melalui udara. – AP
Penduduk dalam lingkungan kebakaran di Kanada mula dipindahkan melalui udara. – AP

Kerajaan mengisytiharkan keadaan darurat di Alberta, wilayah yang saiznya seperti Perancis yang tempat terletaknya perindustrian minyak paling besar di dunia.

Lebih 1,100 anggota bomba berusaha mengawal 49 kebakaran berasingan di seluruh wilayah – tujuh darinya tidak dapat dikawal sama sekali.

Kebakaran telah memusnahkan 85,000 hektar hutan termasuklah 12,000 di kawasan sekitar Fort McMurray, kini pusat kebakaran, yang mana, 2,000 buah rumah telah musnah.

Rakaman dari pusat zon bencana menunjukkan pokok-pokok terbakar di pinggir lebuh raya yang penuh dengan lalu lintas yang berasak-asak yang cuba meninggalkan kawasan itu ketika asap tebal menjulang naik dari langit gelap. Dengan bunyi siung bara warna jingga cerah meluru ke udara dan mengapung turun ke arah banyak kereta.

“Rakaman yang kami lihat, banyak kereta gegas meluru menuruni lebuh raya ketika apa kebakaran membakar semua sisi, begitu menakutkan,” Perdana Menteri Justin Trudeau memberitahu para ahli undangan di Ottawa.