Mangsa kebakaran rumah pangsa dibantu

Mangsa kebakaran rumah pangsa dibantu

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Dengan hasrat untuk membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran di Rumah Pangsa Kampung Anggerek Desa 3 Ogos lalu, ahli-ahli Kelab Peminat Chelsea Brunei (BCFC) telah mengumpulkan dan menyerahkan sumbangan derma kepada mangsa kebakaran berkenaan, baru-baru ini.

Di majlis penyampaian sumbangan derma itu, ahli-ahli BCFC menyerahkan derma tersebut kepada ibu mangsa kejadian kebakaran berkenaan, Hajah Halni Salwatu Sanai.

Menurut jurucakap BCFC, Awang Iskandar Dzulkarnain, ahli-ahli kelab berkenaan menyatakan perasaan sedih apabila mendengar mengenai nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata bahawa sumbangan yang dihulurkan mungkin tidak begitu besar namun ia menunjukkan bahawa ahli-ahli kelab berkenaan amat prihatin dan mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi oleh keluarga berkenaan.

Awang Iskandar Dzulkarnain turut menyatakan penghargaan kepada semua ahli kelab berkenaan yang tampil ke hadapan untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan itu.

Ahli BCFC ketika menyerahkan sumbangan derma kepada Hajah Halni.
Ahli BCFC ketika menyerahkan sumbangan derma kepada Hajah Halni.

ARTIKEL YANG SAMA