Mangsa kebakaran terima bantuan

Mangsa kebakaran terima bantuan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 17 Nov – Mangsa kebakaran di Kampung Penanjong, Haji Abdullah bin Metamit hari ini menerima bantuan kewangan dari Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat dalam Majlis Penyerahan Bantuan Kebakaran yang berlangsung di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong.

Hadir menyampaikan bantuan ialah Ketua Pegawai Agama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Haji Abdullah menerima bantuan kewangan berjumlah $800 yang mana setiap seorang ahli keluarganya menerima $200.

Awang Hassan  menyampaikan sumbangan bantuan berupa kewangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Penanjong, baru-baru ini.
Awang Hassan menyampaikan sumbangan bantuan berupa kewangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Penanjong, baru-baru ini.

Beliau merupakan penduduk Kampung Penanjong yang hanya bergantung kepada pencen tua dan tinggal bersama dua orang anak dan seorang cucu.

Dalam kejadian kebakaran yang menimpanya sekeluarga baru-baru ini, beliau kehilangan semua harta benda dan tempat tinggal.

Pada masa ini, mereka tinggal bersama ahli keluarga terdekat.

ARTIKEL YANG SAMA