Mangsa kebakaran terima bantuan

Mangsa kebakaran terima bantuan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Mangsa kejadian kebakaran rumah yang berlaku baru-baru ini di Kampung Anggerek Desa dan Kampung Terunjing, mendapat perhatian dan bantuan daripada kerajaan melalui Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) berupa wang tunai dalam majlis penyampaian bantuan yang berlangsung di Dewan Lantai Bawah, Bangunan Baru, Kementerian Hal Ehwal Ugama, hari ini.

Di majlis itu, seramai 58 mangsa kebakaran di kedua-dua kampung tersebut telah menerima bantuan berjumlah keseluruhan $11,600 yang disampaikan oleh Pemangku Setiausaha MUIB, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop.

Wang bantuan yang diperuntukkan itu adalah hasil daripada Kumpulan Wang Zakat MUIB, yang mana sumbangan itu dihasratkan bagi membantu mangsa kejadian kebakaran rumah mereka yang berlaku pada 6 dan 7 Julai.

Haji Abdul Aziz (2 kiri) bersama para tetamu yang lain ketika menghadiri majlis berkenaan.
Haji Abdul Aziz (2 kiri) bersama para tetamu yang lain ketika menghadiri majlis berkenaan.
Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan sumbangan derma kepada para penerima.
Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan sumbangan derma kepada para penerima.

Dengan adanya bantuan itu, diharap ia akan dapat membantu meringankan bebanan dan memberi semangat kepada ahli keluarga yang ditimpa musibah berkenaan.

Para penerima turut menyatakan penghargaan dan melahirkan rasa syukur di atas bantuan dihulurkan yang dapat digunakan untuk meringankan bebanan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA