Mangsa kebakaran terima sumbangan

Mangsa kebakaran terima sumbangan

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Wani Roslan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan semalam menghulurkan sumbangan derma kepada tujuh orang anak-anak yatim adik-beradik yang merupakan mangsa kebakaran di Kampung Tamoi Ujung pada 25 Januari lalu.

Sumbangan disampaikan oleh Haji Zulkifli bin Haji Mohd Yusuf selaku wakil Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum, Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi kepada ibu anak-anak yatim tersebut, Dayang Harini binti Haji Haris di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.

Sumbangan berkenaan merupakan salah satu daripada aktiviti Program Ta’awun jabatan ini. Tujuannya adalah untuk mendidik warga jabatan mengamalkan sikap rajin bersedekah, pemedulian, prihatin, tolong menolong serta sayang menyayangi sesama insan terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan sama ada terdiri daripada warga jabatan mahupun masyarakat awam.

Haji Zulkifli menyampaikan derma kepada Dayang Harini.
Haji Zulkifli menyampaikan derma kepada Dayang Harini.
Gambar ramai penerima dan warga Jabatan Perkembangan Kurikulum.
Gambar ramai penerima dan warga Jabatan Perkembangan Kurikulum.

Sumbangan wang tunai adalah hasil kutipan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan di Jabatan Perkembangan Kurikulum. Pihak jabatan berharap dengan adanya sumbangan ini akan dapat membantu meringankan beban dan menampung keperluan harian mereka.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA