Mangsa kebakaran terima sumbangan

Mangsa kebakaran terima sumbangan

Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Empat orang pelajar sekolah swasta yang rumah mereka terlibat dalam kebakaran pada 20 Oktober 2015 lalu di Kampung Pudak, telah menerima sumbangan dalam majlis anjuran Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, kelmarin.

Penerima sumbangan terdiri daripada murid-murid KG 3, Tahun 1 dan 3 di Sekolah Riverside, Kampung Sungai Matan dan seorang lagi penuntut di Kolej IGS.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh wakil Bahagian Pendidikan Swasta, Hajah Zuraidah binti Haji Mohd Salleh kepada Awang Mohd Jefri bin Haji Matali dan Awang Ardinan bin Haji Bidin.

Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan daripada sekolah-sekolah swasta di Negara Brunei Darussalam yang mana ia diharap dapat meringankan beban keluarga mereka.

Awang Mohd Jefri menerima sumbangan yang disampaikan oleh Hajah Zuraidah.
Awang Mohd Jefri menerima sumbangan yang disampaikan oleh Hajah Zuraidah.
Awang Ardinan menerima sumbangan yang disampaikan oleh Hajah Zuraidah.
Awang Ardinan menerima sumbangan yang disampaikan oleh Hajah Zuraidah.

ARTIKEL YANG SAMA