Mangsa lalu lintas diingati

Mangsa lalu lintas diingati

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Bersempena dengan Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), hari ini, telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah serta Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Ratib Al-Attas ke-5 yang berlangsung di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.

Hadir di majlis itu ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar yang juga selaku Penasihat MKKJR.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan selaku Pengerusi MKKJR, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, pengarah, ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah kementerian berkenaan, ahli-ahli MKKRJ, Persatuan Kelab Berbasikal Negara Brunei Darussalam serta para pengusaha sekolah memandu.

Sembahyang sunat Hajat diadakan secara berjemaah.
Sembahyang sunat Hajat diadakan secara berjemaah.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah, Awang Abdul Mutalib dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain semasa menghadiri majlis itu.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah, Awang Abdul Mutalib dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain semasa menghadiri majlis itu.

Majlis petang tadi bertujuan untuk memohon dan berdoa ke hadrat Allah SWT agar Negara Brunei Darussalam akan sentiasa diberikan perlindungan terutama kepada pengguna-pengguna jalan raya.

Di samping itu, ia juga untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di negara ini.

MKKJR turut menyarankan semua pengguna jalan raya supaya akan sentiasa berwaspada, bertanggungjawab dan mengamalkan etika yang betul serta selamat semasa berada di jalan raya.

ARTIKEL YANG SAMA