Mangsa letupan taman air tuntut kemaafan

Mangsa letupan taman air tuntut kemaafan

TAIPEI, 26 Sept – Para mangsa letupan taman air yang mengorbankan 15 orang dan beratus-ratus lagi mengalami luka terbakar yang teruk, berhimpun di Taiwan hari ini ketika kemarahan meningkat ekoran hanya seorang dipenjarakan berhubung tragedi itu.

Lebih setahun sejak letupan di Formosa Fun Coast berhampiran bandar Taipei, yang mana kepulan-kepulan kanji beraneka warna disembur ke arah orang yang berpesta pada satu ‘pesta warna’ tepi kolam menyala disebabkan kepanasan akibat lampu pentas.

Di sebalik penyiasatan sedang dilancarkan ke atas sembilan orang yang disyaki, seorang yang akan didakwa ialah penganjur pesta itu, Lu Chung-chi, yang dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun 10 bulan pada April lalu kerana kecuaian yang mengakibatkan kematian.

Yang lain yang pada awalnya disiasat, termasuklah pengerusi dan presiden taman itu, setakat ini belum dihadapkan ke mahkamah berhubung bencana itu pada Jun 2015.

Pihak pendakwa telah membuka semula penyiasatan ke atas kejadian itu ekoran rayuan para mangsa awal tahun ini, tetapi tidak ada pendakwaan seterusnya diumumkan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA