Mangsa MERS kian bertambah

Mangsa MERS kian bertambah

SEOUL, 8 Jun (Reuters) – Korea Selatan melaporkan satu pertambahan dalam kes Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) hari ini dan pegawai tempatan mengarahkan penutupan hampir 2,000 sekolah di seluruh negara, sementara seorang lelaki berusia 80 tahun menjadi mangsa kematian keenam akibat wabak berkenaan.

Singapura menangguh atau membatalkan semua lawatan sekolah ke negara itu, walaupun ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata beliau percaya Korea Selatan mampu mengawal virus daripada merebak seterusnya dengan mengambil langkah yang wajar.

Pesakit MERS terakhir yang mati di Korea Selatan telah dimasukkan ke hospital akibat pneumonia apabila beliau dijangkiti, kata pegawai di bandar Daejeon hari ini.

Kementerian Kesihatan mengumumkan 23 jangkitan baru, membawa jumlah kepada 87. Korea Selatan kini mempunyai jumlah jangkitan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi, menurut data dari Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Memburukkan lagi kebimbangan mengenai penyebaran penyakit, pihak berkuasa Korea Selatan berkata mereka akan menjejaki telefon bimbit lebih daripada 2,300 orang yang dikuarantin yang mungkin mempunyai sentuhan dengan pesakit. Ada di antara mereka yang dikuarantin berada di pusat jagaan kesihatan walaupun kebanyakan mereka berada di rumah.

Warga Korea Selatan kini menggunakan penutup mulut berikutan kes MERS yang kian meningkat. – AFP
Warga Korea Selatan kini menggunakan penutup mulut berikutan kes MERS yang kian meningkat. – AFP

Sekumpulan pakar daripada WHO dijangka memulakan kerja-kerja mereka esok untuk menilai respon wabak, termasuk sebab-sebab ia merebak dengan amatc epat dan memberi nasihat mengenai langkah seterusnya.

Budaya keluarga Korea Selatan yang menjaga orang kesayangan mereka di hospital mungkin menjadi sebahagian daripada sebab ia merebak di pusat penjagaan kesihatan, beritahu Ketua Pengarah WHO Margaret Chan kepada agensi berita Yonhap.

Semua jangkitan yang diketahui di Korea Selatan telah berlaku di pusat jagaan kesihatan, di mana adalah biasa untuk keluarga dan kawan mengadakan lawatan lama, ada kalanya siang dan malam.

WHO masih belum memberi nasihat mengenai sebarang sekatan perjalanan.

ARTIKEL YANG SAMA