Mangsa nahas glasier berjaya dibawa pulang

Mangsa nahas glasier berjaya dibawa pulang

WELLINGTON, 26 Nov (AFP) – Mayat-mayat terakhir mangsa nahas helikopter yang telah mengorbankan tujuh nyawa berjaya dibawa balik dari kawasan nahas hari ini selepas krew-krew menyelamat mengambil kesempatan apabila cuaca dalam keadaan baik.

Helikopter persiaran itu yang diterbangkan oleh warga New Zealand bersama pelancong empat warga British dan dua warga Australia, terhempas pada Glasier Fox Sabtu lepas, namun kerja-kerja membawa balik mayat mengalami kesukaran akibat cuaca buruk pada tempat yang sangat terkenal bagi pelancongan itu.

Para penyelamat khas alpine membawa balik empat mayat pada Ahad lepas tetapi gagal untuk membawa balik tiga yang lain disebabkan faktor cuaca.

ARTIKEL YANG SAMA