Mangsa nahas kapal karam cecah 442 orang

Mangsa nahas kapal karam cecah 442 orang

BEIJING, 14 Jun (dpa) – Jumlah keseluruhan mangsa maut kemalangan kapal karam di Sungai Yangtze China meningkat kepada 442, apabila beberapa mayat terakhir dijumpai, menurut laporan hari ini.

Hanya 12 orang terselamat dalam kemalangan kapal yang terburuk dalam beberapa dekad yang membawa sejumlah 454 orang, agensi berita Xinhua memetik Tang Guanjun, Pengarah Pentadbiran Hal Ehwal Navigasi Sungai Yangtze sebagai berkata.

Kesemua mangsa sudah dikenal pasti selepas ujian forensik dan mayat-mayat telah diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing, menurut Tang.

Sejak kelmarin, sejumlah 426 mayat sudah pun menjalani upacara pembakaran.

Kapal The Eastern Star membawa penumpang dalam perjalanan dari Nanjing di timur China ke barat daya bandar Chongqing apabila ia karam dalam cuaca buruk pada 1 Jun, di wilayah Hubei.

Penyiasatan bagi mengenal pasti punca karam masih dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA