Mangsa penganiayaan seksual selamat

Mangsa penganiayaan seksual selamat

WELLINGTON, 19 Mei (Xinhua) – Tujuh belas orang kanak-kanak di seluruh dunia telah diselamatkan dari penganiayaan seksual selepas penangkapan seorang lelaki warga New Zealand yang terlibat dalam rangkaian penganiayaan online, menurut Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri New Zealand hari ini.

Penyiasatan oleh penyiasat Hal Ehwal Dalam yang beribu pejabat di Christchurch pada awalnya membawa kepada pengenalan pasti seorang budak perempuan berusia 6 tahun di AS dan penangkapan lelaki yang telah menganiayanya dari segi seksual dalam tempoh empat hari.

Penyiasat, Paul Duke telah menggunakan maklumat yang diambil dari telefon pintar Drew Webb untuk memaklumkan pihak polis di Houston, Texas tentang jenayah itu. Duke telah merampas komputer riba dan telefon pintar Webb pada Ogos 2014 selepas laman sesawang bualan video online melaporkan kegiatan Webb kepada jabatan itu.

“Dari apa yang berfungsi pada telefonnya dan dari apa yang Webb beritahu saya, saya mendapati akaun Facebook penganiaya warga Amerika dan mengetahui alamatnya dengan menggunakan street view Google Earth,” Duke berkata dalam satu kenyataan. “Saya juga menghantar gambar-gambar budak perempuan itu dan pesalahnya kepada polis Houston dan mereka menemuinya apabila mereka pergi ke sekolah tempatan itu.

Imej-imej lain yang ditemui dari telefon itu membawa kepada pengenalan pasti budak perempuan New Zealand berusia 6 tahun yang dipaparkan dalam video yang dirakam oleh Webb. Penyiasatan selanjutnya melibatkan polis New Zealand, yang membawa kepada 17 orang kanak-kanak diselamatkan dan 11 orang dewasa diberkas dan didakwa di pelbagai negara.

Webb dipenjarakan semalam selama enam tahun atas 47 dakwaan yang melibatkan membuat, mengagihkan, mengimport dan memiliki gambar-gambar dan video penganiayaan seks kanak-kanak yang sangat tidak menyenangkan.

Pengurus keselamatan masyarakat Hal ehwal Dalam, Steve O’Brien berkata jabatan itu komited kepada usaha antarabangsa untuk membantu mencegah penganiayaan ke atas kanak-kanak.

ARTIKEL YANG SAMA