Mangsa rogol mati selepas berdekad-dekad koma

Mangsa rogol mati selepas berdekad-dekad koma

NEW DELHI, 18 Mei – Seorang jururawat Mumbai yang dalam keadaan koma selama lebih 40 tahun selepas dirogol oleh seorang pembersih hospital meninggal dunia hari ini, menurut seorang jurucakap hospital.

Dia telah menjadi tumpuan perbahasan berhubung undang-undang eutanasia di India beberapa tahun kebelakangan.

Aruna Shanbaug, 66, berada di unit penjagaan rapi Hospital King Edward Memorial, Mumbia, tempat dia bekerja dan diserang secara seksual.

Dia mengalami radang paru-paru beberapa hari lalu dan menerima bantuan alat pernafasan, kata jurucakap hospital VK Patil.

Shanbaug mengalami kecederaan otak yang serius dan lumpuh selepas serangan oleh seorang pembersih yang bekerja pada giliran malam pada 27 November 1973. Dia telah koma semenjak itu.

Penyerangnya telah dijatuhi hukuman penjara 7 tahun kerana merompak dan menyerang dan telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Dalam tahun 2011, Mahkamah Tinggi India menolak rayuan oleh seorang wartawan, Pinki Virani, bagi pembunuhan belas kasihan, dengan mengatakan bukti perubatan menunjukkan dia harus hidup.

Tetapi penghakiman itu dianggap peristiwa penting kerana mahkamah telah membenarkan eutanasia pasif dalam beberapa kes. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA