Mangsa rumah roboh dibantu

Mangsa rumah roboh dibantu

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Mangsa rumah roboh di Kampung Sungai Matan baru-baru ini, Awang Mohd Ariffin bin Haji Metassan dan isteri serta dua orang anaknya telah menerima sumbangan derma daripada peruntukan kumpulan wang zakat yang diserahkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), pada majlis yang berlangsung di Bilik Seroja, KHEU.

Hadir menyerahkan agihan wang zakat berkenaan ialah Pemangku Timbalan Setiausaha MUIB, Haji Hamzah bin Haji Sabtu.

Pada dalam majlis berkenaan, sebanyak $800 diserahkan kepada keluarga berkenaan yang mana setiap ahli keluarga menerima $200 seorang.

Awang Mohd Ariffin menerima peruntukan kumpulan agihan wang zakat daripada Haji Hamzah.
Awang Mohd Ariffin menerima peruntukan kumpulan agihan wang zakat daripada Haji Hamzah.

Di samping itu, dua orang anak Awang Mohd Ariffin juga menerima bantuan alat-alat persekolahan.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya agihan zakat ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa dan dengan harapan semoga mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah sebegini.