Mangsa rumah roboh terima bantuan

Mangsa rumah roboh terima bantuan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), hari ini, telah menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah $5,000 kepada sebuah keluarga seramai tujuh orang yang menjadi mangsa kejadian rumah roboh di Kampung Burong Pingai Ayer.

Penyampaian sumbangan pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Yayasan di Kumbang Pasang itu telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail kepada Haji Awang bin Haji Mat Jair.

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang kebajikan adalah untuk memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah bencana rumah roboh di mana bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Haji Brahim menyerahkan sumbangan kewangan kepada Haji Awang.
Haji Brahim menyerahkan sumbangan kewangan kepada Haji Awang.

Yayasan merupakan wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat Baginda sebagai tanda pemedulian dan kasih Baginda kepada rakyat .

Di samping itu, menjadi pembentukan maysarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.

ARTIKEL YANG SAMA