Mangsa runtuhan bangunan di China meningkat

Mangsa runtuhan bangunan di China meningkat

BEIJING, 11 Okt – Beberapa siri bangunan bertingkat-tingkat yang dibina oleh penduduk kampung dan dipenuhi dengan pekerja penghijrah roboh di China semalam, membunuh sekurang-kurangnya 22 orang, menurut kerajaan dan laporan berita.

Empat bangunan perumahan roboh pada awal pagi di Wenzhou di timur wilayah Zhejiang, menurut kerajaan daerah Lucheng dalam media sosial. Kira-kira 22 orang telahpun disahkan mati dan enam diselamatkan, lapor agensi berita Xinhua, tetapi tidak memberikan petunjuk mengenai jumlah orang yang hilang.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan pekerja dalam sut jingga mencari menerusi runtuhan. Xinhua berkata sebelumnya anggota menyelamat masih mengesahkan jumlah orang yang terperangkap di bawah runtuhan.

Namun ia memetik mangsa yang selamat Yan Yongfa, pekerja penghijrah berusia 57 tahun, sebagai berkata setiap bilik yang menempatkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga orang – kebanyakan mereka penghijrah seperti dirinya sendiri. Yan tinggal bersama empat pekerja lain dalam bilik yang disewa untuk mereka oleh ketua mereka.

Anggota penyelamat membawa mayat mangsa di tempat kejadian di daerah perindustrian Lucheng di Bandar Raya Wenzhou, Wilayah Zhejiang di timur China, kelmarin. – Xinhua
Anggota penyelamat membawa mayat mangsa di tempat kejadian di daerah perindustrian Lucheng di Bandar Raya Wenzhou, Wilayah Zhejiang di timur China, kelmarin. – Xinhua

Beratus juta orang telah berpindah dari kawasan desa China ke bandarnya dalam beberapa dekad ini, pekerja mereka menyemarak keadaan melambung ekonomi. Namun ramai di antara mereka masih dibayar gaji rendah dan menghadapi sekatan mengenai pembelian rumah di kawasan di mana mereka bekerja. Punca runtuhan masih dalam siasatan.

“Untuk melindungi mereka yang terperangkap, kami menggali dengan tangan kami supaya kerja berjalan dengan perlahan,” beritahu pegawai jabatan bomba Sun Jing kepada Xinhua, menambah runtuhan bertimbun setinggi tiga tingkat.

Bangunan berhampiran yang dibina pada 1970 sedang dirobohkan untuk mengelak perobohan seterusnya, tambah agensi itu. China telah melihat beberapa bangunan roboh dalam beberapa tahun ini, ada di antaranya dipersalahkan ke atas pembinaan berkualiti rendah. – AFP