Mangsa serangan asid di Iran bina semangat baharu

TEHRAN – Massoumeh Attaie, 35, seorang warga Iran, tidak mahu terikat dengan hanya kejahatan yang menjadi punca ayah mertuanya menjadikannya buta akibat simbahan asid di wajahnya.

Dia yang juga mahu dikenali sebagai seorang artis seni tidak pernah mendapatkan keadilan terhadap serangan ganas yang berlaku lapan tahun yang lalu, yang telah meninggalkan kesan cacat yang berkekalan kepada dirinya.

Ayah mertuanya itu telah menyimbah cecair asid ke mukanya oleh kerana dia menuntut perceraian daripada suaminya, namun di bawah undang-undang Islam Iran, kedua-dua matanya itu bernilai hanya satu daripada suaminya. Pada akhirnya, keluarga daripada pihak suaminya itu mengancam bahawa balasan yang sama akan menimpa pada anak lelakinya jika dia terus melakukan pertuduhan.

“Saya memilih anak saya daripada keadilan,” katanya, suatu pilihan yang terpaksa ditanggungnya walapun ianya sukar untuk diterima.

Baru-baru ini dia telah menyertai sebuah kumpulan mangsa-mangsa serangan asid, mempamerkan hasil karya mereka di galeri Ashianeh di Tehran untuk meningkatkan lagi kesedaran terhadap mereka dan mengumpul wang dana kumpulan berkenaan.

Serangan asid ini sering terjadi di Iran. Beberapa siri serangan yang berlaku pada tahun 2014 telah mencetuskan protes dan mendakwa bahawa pelaku-pelaku tersebut menyasarkan kaum wanita yang memakai pakaian yang ‘kurang sopan’.
Kes yang paling popular adalah kes pada tahun 2011, di mana seorang wanita muda, Ameneh Bahrami, telah menjadi buta akibat menolak lamaran perkahwinan daripada seorang lelaki.
Massoumeh Attaie, salah seorang mangsa serangan asid di Iran berada di galeri Ashianeh di Tehran. – AFP

“Saya tidak mahu dikenali sebagai mangsa, saya mahu dikenali sebagai seorang artis seni,” katanya.

Attaie menghasilkan tembikar, arca mangkuk dan patung-patung kecil. Dia kini tinggal di Tehran bersama dengan anak lelakinya yang berusia 12 tahun, setelah melarikan diri daripada keluarganya yang berada di Isfahan, bandar raya ketiga Iran.

Dia telah mengadakan kelas seni kepada orang-orang buta lainnya dan merasa berbangga dengan mengatakan bahawa dia kini merasa ‘bebas secara sepenuhnya’.

“Saya berharap pameran ini dapat memberikan sedikit harapan dan semangat kepada orang-orang seperti kami, keluar daripada persembunyian di rumah-rumah dan kembali aktif mengadakan aktiviti bersama masyarakat,” katanya.

Serangan asid ini sering terjadi di Iran. Beberapa siri serangan yang berlaku pada tahun 2014 telah mencetuskan protes dan mendakwa bahawa pelaku-pelaku tersebut telah menyasarkan kaum wanita yang memakai pakaian yang ‘kurang sopan’.

Kes yang paling popular adalah kes pada tahun 2011, di mana seorang wanita muda, Ameneh Bahrami, telah menjadi buta akibat daripada pelaku seorang lelaki. Ianya disebabkan lamaran perkahwinannya telah ditolak.

Oleh kerana tekanan yang memuncak daripada orang awam, pihak mahkamah telah memberikan hukuman penuh kepada si pelaku tersebut dan diperintahkan agar kedua-dua mata pelaku berkenaan dibutakan.

Karya seni Mohsen Mortazavi ini adalah sebuah karya potret yang sangat rumit yang dikenali sebagai ‘moaragh’, yang diperbuat daripada kayu. – AFP
Tidak semua serangan asid menyasarkan golongan wanita. Juga membentangkan karyanya di galeri Tehran itu ialah Mohsen Mortazavi, di mana mukanya juga mengalami kecacatan akibat perbuatan rakan sekerjanya yang merasa cemburu. – AFP
Hasil yang diraih melalui pameran itu akan disalurkan kepada Persatuan Iran bagi Sokongan Mangsa Serangan Asid. – AFP

Tidak semua serangan menyasarkan golongan wanita. Juga membentangkan karyanya di galeri Tehran itu ialah Mohsen Mortazavi, di mana mukanya juga mengalami kecacatan akibat daripada perbuatan rakan sekerjanya yang merasa cemburu. Karya seninya itu adalah sebuah karya potret yang sangat rumit yang dikenali sebagai ‘moaragh’, yang diperbuat daripada kayu.

Separuh daripada potretnya itu menggambarkan dirinya sebelum disimbah asid, manakala separuhnya lagi adalah sisi bayangan gelapnya iaitu selepas disimbah asid.

“Saya mahu menunjukkan apa yang berlaku pada saya. Saya mahu orang awam mendengar suara kami, jeritan kami, jeritan bagi mereka yang pernah mengalaminya seperti kami ini.

“Cara terbaik untuk meluahkannya adalah melalui seni,” katanya.

“Ianya sangat menakjubkan apabila pameran ini dapat membawa kehidupan mereka lebih bermakna dan kembali semula kepada masyarakat,” kata Zahra Safari, salah seorang pengunjung ke pameran tersebut.

“Pada hakikatnya bahawa mereka boleh menggunakan tangan mereka untuk menyatakan perasaan dan kekuatan mereka, namun tidak terpapar pada raut wajah mereka.

“Mereka masih boleh menikmati beberapa kelebihan yang ada pada diri mereka di sebalik kekurangan itu.”

Hasil yang diraih melalui pameran itu akan disalurkan kepada Persatuan Iran bagi Sokongan Mangsa Serangan Asid. – AFP