Mangsa serangan di Syria meningkat

Mangsa serangan di Syria meningkat

BEIRUT, 11 Sept – Angka kematian dalam serangan udara ke atas bandar Syria, barat laut Idlib meningkat kepada 58 lewat kelmarin, kata kumpulan pemantauan.

Belum ada kumpulan yang bertanggunjawab terhadap serangan itu yang berlaku di pasar dan beberapa kawasan sepanjang bandar itu.

Balai Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata mangsa yang terbunuh adalah termasuk 13 wanita dan 13 kanak-kanak, setakat ini tidak dipastikan berapa ramai orang awam menjadi mangsa serangan.

Pusat pemantau berkata berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan itu, dan memberi amaran bahawa angka kematian boleh meningkat lebih tinggi.

Seorang lelaki Syria menyelamatkan kanak-kanak ketika kejadian serangan udara di bandar barat laut Idlib, yang dikuasai pemberontak, kelmarin. – AFP
Seorang lelaki Syria menyelamatkan kanak-kanak ketika kejadian serangan udara di bandar barat laut Idlib, yang dikuasai pemberontak, kelmarin. – AFP

Ianya belum dapat dikenal pasti siapa yang melakukan serangan tersebut, tetapi kerajaan Syria dan sekutunya Rusia telah kerap menjalankan serbuan di wilayah Idlib.

“Orang ramai sedang membeli-belah sebelum sambutan Hari Raya Eid al-Adha minggu depan, itulah sebabnya angka kematian sangat tinggi,” kata Ketua Balai Cerap, Rami Abdel Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA