Mangsa Sungai Nil meningkat

Mangsa Sungai Nil meningkat

KAHERAH, 24 Julai – Sekurang-kurangnya 29 orang telah lemas apabila kapal parti mereka berlanggar dengan sebuah kapal kargo di Sungai Nil, kementerian kesihatan Mesir memberitahu hari ini.

Jumlah mangsa terbaru, selepas pihak polis mengatakan 19 orang telah terkorban semalam dalam kemalangan di utara Kaherah itu dikeluarkan selepas pihak penyelamat menjumpai lebih banyak mayat di sungai itu, menurut kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

Pihak penyelamat masih mencari lebih banyak mayat, katanya. Ia merupakan insiden yang paling dahsyat di sungai itu sejak beberapa tahun.

Mangsa-mangsa tersebut telah menyambut satu majlis pertunangan di kapal tersebut, salah sebuah yang disewa oleh kebanyakan warga Mesir di Sungai Nil untuk aktiviti riadah dan sebarang acara sambutan.

Ahli keluarga mangsa berdiri di depan kapal parti yang telah mengalami kemalangan itu. - Reuters
Ahli keluarga mangsa berdiri di depan kapal parti yang telah mengalami kemalangan itu. – Reuters

Kapten kapal kargo dan pembantunya telah ditahan berikutan kemalangan itu lewat kelmarin di daerah Warraq utara Kaherah, kata pihak berkuasa.

Sungai Nil, yang menelusuri sepanjang Mesir, dipenuhi dengan kapal-kapal kargo, kapal parti dan kapal nelayan.

Pada 2011, sekurang-kurangnya 22 orang lemas di selatan Mesir apabila sebuah bas yang mereka naiki jatuh ke Sungai Nil dari sebuah feri yang melanggar tebing sungai. – AFP