Mangsa tanah runtuh cecah 115 orang

Mangsa tanah runtuh cecah 115 orang

YANGON, 25 Nov (dpa) – Angka kematian dalam kejadian tanah runtuh berhampiran lombong jed di utara Myanmar mencecah 115 orang, dengan sedikit peluang untuk mencari mereka yang terselamat, kata pegawai hari ini.

“Kami masih mencari yang lain yang masih hilang….tetapi saya tidak rasa kami mampu untuk mencari mereka dalam keadaan masih hidup,” pentadbir, bandar Hpakant, Tint Swe Myint memberitahu dpa.

Tidak terdapat rekod tertentu berapa ramai yang ada dalam kawasan itu. Lebih dari 100 masih dirasakan hilang.

Tanah runtuh berlaku pada Sabtu lalu berhampiran lombong jed dan emas, apabila longgokan roboh berikutan hujan turun di Hpakant, 350 kilometer ke utara Mandalay.

Penggali batu jed mencari serpihan batu jed pada longgokan yang ditinggalkan oleh syarikat pelombong. - Reuters
Penggali batu jed mencari serpihan batu jed pada longgokan yang ditinggalkan oleh syarikat pelombong. – Reuters

Tanah runtuh adalah biasa di Hpakant, di mana 90 peratus dari jed dunia digali.

“Mereka tidak pernah untuk memberikan tumpuan terhadap amaran,” kata Tint Swe Myint mengenai pelombong. “Saya tidak menyalahkan mereka memandangkan saya faham kedudukan mereka.

Mereka membahayakan jiwa mereka untuk mendapatkan pendapatan.”

Lewat Mac lalu, sekurang–kurangnya puluhan orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh berhampiran lombong jed lain di kawasan yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA