Mangsa tanah runtuh China meningkat

Mangsa tanah runtuh China meningkat

BEIJING, 16 Nov (dpa) – Jumlah kematian dari tanah runtuh di timur wilayah Zheijang China meningkat ke 25, dengan 12 masih hilang, menurut laporan media negeri hari ini.

Hanya seorang sahaja telah berjaya diselamatkan sejak tanah runtuh melanda kampung Lidong itu lewat Jumaat selepas dua hari hujan lepat, agensi berita Xinhua melaporkan. Lebih daripada 2,300 penyelamat dan satu pasukan anjing terlatih sedang meneruskan operasi menyelamat dalam keadaan berhujan, menurut Xinhua.

Sejumlah besar tanah lumpur menjejaskan usaha menyelamat, menurut laporan itu, memetik laporan Mao Zirong, timbalan datuk bandar berdekatan Lishui.

Usaha menyelamat masih giat dijalankan bagi mencari mangsa-mangsa yang tertimbus. – AFP
Usaha menyelamat masih giat dijalankan bagi mencari mangsa-mangsa yang tertimbus. – AFP

Hujan akan berterusan minggu ini membuatkan kerja-kerja menyelamat bertambah sukar, kata pakar meteorologi.

Sekumpulan 50 orang pakar psikologi telah dikerahkan untuk membantu ahli-ahli keluarga mangsa.

ARTIKEL YANG SAMA