Mangsa tanah runtuh di China meningkat 17 orang

Mangsa tanah runtuh di China meningkat 17 orang

HANGZHOU, 7 Okt – Tujuh belas korban jiwa telah disahkan hari ini, sembilan hari selepas kejadian tanah runtuh di sebuah kampung di timur China, Wilayah Zhejiang, kata pihak berkuasa tempatan.

Sepuluh orang masih lagi hilang, menurut ibu pejabat penyelamat.

Hujan yang dibawa oleh Taufan Megi menyebabkan serpihan kira-kira 400,000 meter padu menggelongsor ke bawah gunung di Perkampungan Sucun, Wilayah Suichang , Rabu lalu, menguburkan 20 buah rumah.

Dua puluh orang dilaporkan hilang selepas kemalangan itu. 17 ditemui oleh pasukan penyelamat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pasukan penyelamat juga memantau tasik halangan. Menjelang petang kelmarin, paras air telah menurun sebanyak 10 meter dari sukatan tertingginya. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA