Mangsa tanah runtuh Nepal meningkat ke 35

Mangsa tanah runtuh Nepal meningkat ke 35

KATHMANDU, 12 Jun (dpa) – Jumlah mangsa tanah runtuh di timur laut Nepal meningkat ke 35 hari ini, pihak polis berkata, dengan cuaca buruk menjejaskan operasi menyelamat.

Polis menganggarkan 18 orang masih hilang selepas 35 mayat dijumpai dalam usaha pencarian dua hari di Daerah Taplejung.

Tanah runtuh itu menghempap enam kampung kelmarin, menjejaskan 200 orang, Menteri Dalam Negeri memberitahu.

Helikopter tentera Nepal dilancarkan untuk menolong kerja menyelamat tidak mampu mendarat disebabkan cuaca buruk, tetapi tentera yang melalui laluan darat berjaya menyelamatkan enam orang.

Ketua Pegawai Daerah, Dambaru Niraula berkata tanah runtuh telah memutuskan beberapa kampung menyebabkan penduduk terperangkap, dan pegawai kerajaan belum dapat menghubungi mereka.

Hujan semalaman memburukkan lagi keadaan kelmarin, mendorong pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan amaran kepada penduduk untuk berpindah ke kawasan tinggi. Tanah runtuh tersebut berpunca daripada hujan lebat monsoon Rabu lalu, yang telah menyebabkan keadaan tanah tidak stabil setelah kejadian gempa pada April dan Mei.

Pihak berkuasa bimbang banyak lagi daerah akan mengalami nasib yang sama seperti di taplejung dengan monsoon tahunan akan terjadi beberapa minggu lagi.

ARTIKEL YANG SAMA