Mangsa taufan Filipina meningkat

Mangsa taufan Filipina meningkat

MANILA, 22 Okt – Jumlah kematian akibat taufan di Filipina melonjak kepada 54 orang hari ini, tatkala banjir yang memusnahkan rumah beralih ke kawasan hilir ke kampung pantai, menyebabkan berpuluh riba penduduk kehilangan tempat tinggal mereka.

Banjir akibat hujan lebat pada hujung minggu di rantau pergunungan berpunca daripada Taufan Koppu beralih ke kampung nelayan dan perladangan, menenggelami mereka dalam air sedalam tiga meter, kata pegawai.

Penduduk wilayah Bulacan dan Pampanga, perjalanan yang mengambil masa dua jam dari ibu negara Manila, melarikan diri dengan berjalan kaki ke pusat pemindahan tatkala air naik dengan cepat semalaman, diburukkan lagi oleh arus pasang, kata mereka.

“Air tidak mempunyai tempat untuk disalurkan. Bayangkan hujan dua hingga tiga hari dari kawasan gunung mengalir turun,” Penolong Pengarah Pejabat Pertahanan Awam Serantau Nigel Lontoc, memberitahu AFP.

Hampir 60,000 penduduk meninggalkan rumah mereka di Bulacan dan Pampanga, kawasan tadahan geografik untuk air dari wilayah Nueva Ecija dan Aurora, yang menerima kesan paling teruk ribut taufan Koppu pada Ahad dan Isnin.

Keadaan rumah-rumah yang binasa teruk akibat Taufan Koppu di Casiguran, wilayah Auroran timur laut Manila semalam, sehari selepas taufan melanda wilayah itu. – AFP
Keadaan rumah-rumah yang binasa teruk akibat Taufan Koppu di Casiguran, wilayah Auroran timur laut Manila semalam, sehari selepas taufan melanda wilayah itu. – AFP

Lontoc berkata banjir di kawasan pantai mungkin berlarutan selama seminggu.

Koppu mendarat di timur pantai Luzon, pulau terbesar dan mempunyai penduduk paling ramai di Filipina, pada awal Ahad dengan kelajuan angin 210 kilometer sejam. – AFP