Mangsa Taufan Saudelor meningkat

Mangsa Taufan Saudelor meningkat

SHANGHAI, 10 Ogos (AFP) – Jumlah orang yang terkorban akibat Taufan Soudelor di China meningkat kepada 17 orang, lapor media negeri hari ini, dengan lima orang masih hilang.

Tiga orang terbunuh akibat runtuhan lumpur dan seorang hilang selepas dihanyutkan oleh banjir di Ningde, di selatan wilayah Fujian, lapor Fujian Daily.

Di wilayah Zhejiang, 14 orang terbunuh dan empat hilang, kata agensi berita Xinhua sebelumnya, memetik pegawai tempatan sebagai berkata mangsa yang terkorban dan hilang mungkin telah dihanyutkan oleh banjir atau tertimbus di bawah rumah yang musnah.

Jumlah kerugian ekonomi di dua wilayah dianggarkan pada kira-kira lapan bilion yuan, menurut angka daripada media negeri.

Dianggap sebagai ribut taufan terbesar pada tahun ini pada minggu lalu dengan kelajuan angin sehingga 230 kilometer sejam, Soudelor, dinamakan sempena pemimpin Micronesia, telah menjadi lemah.

Sebuah kawasan di China yang mengalami kebanjiran akibat taufan yang melanda negara itu. – Reuters
Sebuah kawasan di China yang mengalami kebanjiran akibat taufan yang melanda negara itu. – Reuters

Ia mendarat di Fujian pada malam Sabtu selepas meninggalkan enam orang terkorban di Taiwan, termasuk dua saudara kembar dan ibu mereka, yang dihanyutkan ke laut.

Ia juga memutuskan bekalan elektrik untuk empat juta keluarga di pulau itu.

Kira-kira 379 orang mengalami kecederaan akibat ribut di Taiwan, yang melihat tebing sungai pecah di bawah hujan lebat dan ombak besar menampar pinggir laut.

Pentadbiran Kaji Cuaca China membatalkan amaran taufan hari ini apabila ribut menjadi semakin lemah dan bergerak ke kawasan pedalaman.