Mangsa tembakan di Milwaukee alami isu mental, kognitif

Mangsa tembakan di Milwaukee alami isu mental, kognitif

MILWAUKEE, 17 Ogos – Lelaki yang terbunuh dalam penembakan polis yang mencetuskan keganasan dua malam di Milwaukee mengalami isu kesihatan mental dan kognitif dan dia membawa senapang kerana dia pernah ditembak lebih dari dua kali sebelum ini, menurut datuknya.

Sylville K Smith mempunyai masa lalu jenayah yang panjang, tetapi cuba bertahan di bahagian tengah bandar, William Brookins memberitahu The Associated Press.

“Di bandar ini, terlalu banyak pembunuhan berlaku di jalan raya,” kata Brookins yang membutirkan masalah Sminth dalam sepucuk surat kepada seorang hakim tahun lalu dalam meminta belas kasihan untuk cucu lelakinya itu. “Dia bimbangkan keselamatan nyawanya. Dia bimbangkan keselamatan dan kehidupannya.”

Smith, 23 tahun, telah ditembak mati Sabtu lalu selepas drama singkat dikejar yang mengakibatkan lalu lintas terhenti. Polis berkata Smith melarikan diri dan para pegawai berkata kamera badan pegawai itu menunjukkan dia ditembak selepas dia berpaling ke arah pegawai itu dengan senapang di tangannya.

Pegawai itu, yang tidak didedahkan identitinya, berbangsa kulit hitam, seperti Smith. Beberapa jam selepas penembakan itu, keganasan meletus di kawasan utara bandar itu yang sebahagian besar penduduknya adalah berbangsa kulit hitam, dengan para pembantah melontar batu besar ke arah polis dan membakar enam perniagaan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA