Mangsa tersalah tembakan maut

Mangsa tersalah tembakan maut

BAITULMAQDDIS, 19 Okt – Seorang lelaki warga Eritrea yang tersalah tembak dan dibelasah oleh perusuh ketika satu serangan di bandar Israel, Beersheba telah meninggal dunia, menurut polis hari ini, ketika siri-siri keganasan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang Israel.

Serangan pada malam semalam di sebuah stesen bas di bandar selatan menyaksikan seorang lelaki bersenjatakan pisau telah membunuh seorang tentera berusia 19 tahun dan mencederakan kira-kira 10 orang lagi.

Lelaki bersenjata itu telah dibunuh, manakala seorang pengawal keselamatan menembak lelaki Eritrea itu menyangka dia adalah penyerang kedua. Perusuh kemudian membelasahnya, lapor media Israel.

Polis mengenal pasti penyerang sebagai Mohannad Al-Aqab, 21 tahun, seorang Israel Arab dari kawasan itu.

“Ketika serbuan semalam, pasukan keselamatan dan agensi keselamatan dalam negeri, Shin Bet memberkas seorang anggota keluarganya, yang dituduh memberi sokongan bagi serangan itu, menurut polis.

Pengawal Israel memeriksa seorang lelaki di pusat pemeriksaan yang baru didirikan di pintu keluar keji-ranan Jerusalem timur Issawiya hari ini. - AFP
Pengawal Israel memeriksa seorang lelaki di pusat pemeriksaan yang baru didirikan di pintu keluar keji-ranan Jerusalem timur Issawiya hari ini. – AFP

Video yang disebarkan di online nampaknya menunjukkan lelaki Eritrea itu terbaring di atas tanah selepas ditembak dan kepala dan badannya ditendang oleh orang yang berada di tempat kejadian itu yang meradang.

Keganasan dan kekacauan lebih dua minggu telah membangkitkan kebimbangan kebangkitan besar-besaran orang Palestin, sementara sebilangan ahli politik Israel menggesa para penduduk supaya membawa senjata di tengah serangan-serangan ini.

Polis tidak mengatakan sama ada seseorang telah diberkas berhubung penembakan dan pembelasahan lelaki Eritrea itu.

Media Israel menyifatkan dia sebagai pencari suaka, seperti kebanyakan rakyat Eritrea yang telah datang ke Israel, meskipun pihak berkuasa tidak mengesahkan butiran itu.

Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 45,000 pendatang haram berada di Israel, hampir kesemua dari Eritrea dan Sudan. Kira-kira dua pertiga adalah warga Eritrea. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA