Mangsa tsunami sertai kelab gergasi

Mangsa tsunami sertai kelab gergasi

JAKARTA, 3 Julai (dpa0 – Peminat bola sepak Indonesia bergembira hari ini selepas satu berita mengatakan mangsa tsunami remaja 17 tahun menandatangani kontrak bersama pasukan gergasi Portugal, Sporting Lisbon.

Sporting Lisbon mengumumkan kelmarin bahawa Martunis telah menyertai akademi belia mereka, di mana pemain kesukaannya Christiano Ronaldo mengasah bakatnya ketika muda.

“@martunisCR8 telah menyertai kelab! Budak yang terselamat dari tsunami itu akan bekerja dan berkembang di #SportingCP,” menurut Twitter rasmi Sporting.

Martunis telah dijumpai hidup selepas 21 hari tsunami Lautan Hindi menimpa wilayah Aceh pada 26 Disember 2004. Ibunya dan dua beradiknya telah terkorban.

Dia mengenakan baju pasukan kebangsaan Portugal apabila dijumpai di kawasan paya selepas hanyut selama beberapa hari di laut.

Martunis seorang mangsa terselamat Tsunami menyertai Sporting Lisbon.
Martunis seorang mangsa terselamat Tsunami menyertai Sporting Lisbon.

Ceritanya menggerakkan hati Ronaldo, yang melawatnya di Aceh pada 2005 dan membelikannya sebuah rumah.

Martunis mempunyai inisial Christiano Ronaldo pada feed Twitternya, yang juga menunjukkan dia dalam satu gambar bersama idolanya.

Berita tersebut disambut dengan penuh semangat di Indonesia, di mana bola sepak telah menjadi tumpuan utama kepada alasan-alasan negatif dalam minggu baru-baru ini. Pertubuhan bola sepak kebangsaan di bawah penggantungan FIFA atas masuk campur kerajaan.

“Martunis hantar gelombang kejutan,” yang dipetik dari tajuk utama laman web bola sepak Indonesia soccer.co.id.

“Semasa bola sepak Indonesia berdepan ketidakpastian, berita baik datang dari tanah jauh, Portugal,” katanya.

“Bravo Martunis, Satu cerita yang berinspirasi,” kata Annisa Pohan, menantu bekas presiden Indonesi Susilo Bambang Yudhoyono di Twitter.

ARTIKEL YANG SAMA