Manila bimbang rakyat sertai IS

Manila bimbang rakyat sertai IS

MANILA, 15 Jan (AFP) – Filipina mengatakan hari ini ia amat bimbang yang kumpulan jihad Islamic State (IS) akan merekrut warganegaranya yang bekerja di Timur Tengah, sehari selepas militan berkaitan dengan kumpulan yang melakukan serangan di Jakarta.

Presiden Benigno Aquino memberitahu para wartawan bahawa pihak berkuasa perisikan Filipina akan bertanya rakan sejawatan mereka di Timur Tengah untuk memantau kemungkinan berlakunya radikalisasi dalam kalangan komuniti Filipina di rantau itu, yang berjumlah kira-kira dua juta.

Aquino mengatakan tidak ada ‘ancaman boleh dipercayai’ mengenai serangan daripada kumpulan IS di Filipina ekoran serangan kelmarin di bandar Indonesia, yang mengakibatkan dua orang awam dan lima penyerangnya meninggal dunia, namun memberi amaran satu ‘ancaman umum’.

“Kami perlu berhati-hati. Kami akan melakukan penyelarasan dengan agensi-agensi perisikan (Timur Tengah) untuk memantau komuniti-komuniti ini untuk melihat jika mereka telah dipengaruhi oleh ISIS,” katanya, menggunakan akronim lain bagi kumpulan itu.

“Kami tidak boleh seperti burung unta, yang menyembamkan kepalanya di tanah untuk mengelak daripada melihat masalah itu,” katanya.

“Adakah terdapatnya ancaman boleh dipercayai? Adakah ancaman spesifik? Tidak ada. Adakah ancaman umum? Ya. Kami tidak lali daripada masalah pelampau.”

Terutamanya, katanya seorang Filipina-Lubnan dan seorang Filipina-Saudi, kedua-duanya yang tinggal di seberang laut, telah cuba untuk menyertai kumpulan jihad.

Bulan ini, kumpulan pelampau Abu Sayyaf yang di Filipina telah menyiarkan video ikrar taat setia kepada IS. Bagaimanapun, Aquino meremeh-temehkan dakwaan kumpulan itu dan mengatakan mereka meniru kemasyhuran IS. Kumpulan itu sebelumnya bersekutu dengan IS pesaing Al-Qaeda, petiknya.

ARTIKEL YANG SAMA