Manila dalam kawalan penuh menjelang APEC

Manila dalam kawalan penuh menjelang APEC

MANILA, 16 Nov (Bernama) – Filipina yang menghoskan mesyuarat pemimpin-pemimpin dunia dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 kini dalam langkah berjaga-jaga mengambil semua langkah keselamatan yang ada bagi memastikan keselamatan para delegasi yang akan datang ke ibu negara mereka selamat di tengah-tengah meningkatnya ketegangan seluruh dunia berikutan serangan pengganas di Paris baru-baru ini.

Pihak tentera negara itu telah mengerahkan kesemua aset udara, darat dan laut bagi menjaga mesyuarat yang akan berlangsung selama dua hari itu bermula 18 November, menurut laporan media setempat.

Memetik sebagai berkata jurucakap Tentera Udara Filipina (PAF) Kolonel Canaya bahawa semua aset PAF akan berada dalam penuh waspada 24 jam dan ditempatkan pada lokasi-lokasi strategik bagi tindak balas yang cepat.

Di samping mengerahkan tentera, Tentera Filipina juga mengerahkan kenderaan-kenderaan berperisai untuk menjaga keselamatan tempat-tempat yang akan dikunjungi delegasi-delegasi APEC, menurut laporan The Manila Times.

Para delegasi juga dimaklumkan bahawa akan tiada zon terbang dari 16 hingga 20 November, bagi melancarkan ketibaan dan perlepasan pemimpin-pemimpin dunia.

ARTIKEL YANG SAMA