Manila tolak permintaan Beijing

Manila tolak permintaan Beijing

MANILA, 19 Julai – Manila telah menolak permintaan Beijing bahawa ia “tidak mengambil kira” perintah antarabangsa yang tidak mengesahkan tuntutan-tuntutan gergasi Asia itu bagi hampir keseluruhan Laut China Selatan sebelum berunding mengenai isu berkenaan, ujar setiausaha luar Filipina hari ini.

China minggu lepas mengecam tribunal yang disokong PBB bahawa tiada asas undang-undang bagi tuntutan-tuntutannya kepada tempat-tempat paling strategik di perairan itu, mencetuskan amaran-amaran daripada pemimpin dari Jepun sehingga ke EU yang mengatakan China mesti menghormati arahan yang daripada pihak global.

Berikutan keputusan itu, Beijing bertanyakan Manila, yang membawa kes itu, “untuk membuka rundingan dua hala sesama kita namun di luar dan tanpa mempedulikan perintah timbang tara,” menteri luar Perfecto Yasay memberitahu penyiar ABS-CBN.

“Ini adalah sesuatu yang saya beritahunya bahawa ia tidak konsisten dengan perlembagaan dan kepentingan negara kami,” katanya.

Mahkamah Timbang Tara Kekal The Hague memutuskan bahawa Beijing telah mencabuli hak kedaulatan Filipina untuk mengeksploitasi sumber-sumber dalam perairan sehingga 340 kilometer di luar pantainya, menggelarnya zon eksklusif ekonomi.

Ia berkata tiada asas undang-undang bagi China untuk menuntut sebahagian besar perairan itu, termaktub dalam “risalah sembilan garis” yang bertarikh dari peta-peta 1940-an.

Ulasan Yasay lebih tegas berbanding reaksi-reaksi Filipina sebelum ini, dengan Presiden baru Manila Rodrigo Duterte berhasrat untuk mengembalikan hubungan dengan Beijing dan berjanji untuk tidak “mengejek ” keputusan itu. – AFP