‘Manny’ ke Brunei

‘Manny’ ke Brunei

Oleh James Kon

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – ‘Manny’ akan datang ke Brunei, bukan Manny Pacquiao petinju dunia tetapi ‘Manny Paksiw’ iaitu orang yang menyerupai ikon tinju dari Filipina itu, yang akan menghadiri Piala Bola Keranjang Mum Bakery, esok.

Kehadiran Manny Paksiw, yang nama sebenarnya Johnny Dagami, di gelangang bola keranjang Batu Bersurat itu adalah untuk memberikan semangat kepada para peminat bola keranjang.

Ketibaannya telah disahkan oleh Kumpulan Syarikat-syarikat MK yang telah menjemput Dagami sebagai tetamu.

Dagami kerap disalah anggap sebagai Pacquiao, lebih-lebih lagi apabila dia memakai sarung tangan tinju, sehingga dia menjadikannya sebagai mata pencariannya.

Gambar fail menunjukkan Manny Pacquiao ketika perlawanan dengan Timothy Bradley dari Amerika Syarikat di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, Nevada. - Reuters
Gambar fail menunjukkan Manny Pacquiao ketika perlawanan dengan Timothy Bradley dari Amerika Syarikat di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, Nevada. – Reuters
John Dagami mencari pendapatan dengan menyamar sebagai Manny Pacquiao sejak lebih sedekad yang lalu. – Guardian
John Dagami mencari pendapatan dengan menyamar sebagai Manny Pacquiao sejak lebih sedekad yang lalu. – Guardian

Kerjaya penyamarannya bermula pada 2002 apabila penduduk di Filipina menyedari bagaimana dia sangat menyerupai petinju terkemuka itu, malah ciri-ciri fizikal dan suaranya juga sama.

Bekas pekerja kilang itu mencari pendapatan dengan menyamar sebagai Pacquiao, dan beliau pernah menjadi pelakon pengganti aksi lagak ngeri Pacquiao dalam filem pada 2008.

ARTIKEL YANG SAMA