Mansour kemukakan runding perdamaian dengan Kabul

Mansour kemukakan runding perdamaian dengan Kabul

PESHAWAR, Pakistan, 22 Sept (Reuters) – Pemimpin baru Taliban Afghan, Mullah Mansour, meminta perpaduan dan mengemukakan kemungkinan mengadakan rundingan perdamaian dengan kerajaan di Kabul dalam satu mesej yang dikeluarkan hari ini untuk menandakan perayaan Hari Raya Aidiladha.

Mesej tersebut keluar beberapa hari selepas sekumpulan komander pembangkang Taliban mengecam pelantikan Mansour baru-baru ini untuk mengganti mendiang pemimpin kumpulan militan Islam, Mullah Omar.

Perpecahan dalam Taliban telah mengancam akan menjejaskan rundingan perdamaian dengan kerajaan Afghan dan membenarkan kumpulan Islamic State (IS) menambah pengaruhnya di rantau.

Mansour dilantik pemimpin Taliban secara tergesa-gesa pada Julai selepas risikan Afghan membocorkan berita mengatakan Omar, pemimpin gerakan, telahpun terbunuh lebih daripada dua tahun. Mansour adalah penolong Omar.

Ramai komander Taliban menentang Mansour, menyalahkannya kerana menyembunyikan berita mengenai kematian Omar dan menggambarkan pelantikannya sebagai menyimpang daripada kebiasaan. Mansour berusaha meredakan komander yang tidak puas hati dan mengingatkan pepecahan adalah ciptaan musuh.

Ramai komander berasa syak mengenai peranan Pakistan dalam menganjurkan rundingan itu. Pakistan dan Afghanistan mempunyai pemberontakan Taliban dan saling menuduh tidak melakukan dengan cukup untuk menghapus pangkalan Taliban di kedua-dua sempadan.

Beberapa anggota Taliban Afghan rasa elemen dalam anggota keselamatan Pakistan mahu memanipulasi pemberontakan Afghan untuk tujuan mereka sendiri. Pakistan berkata mereka menganjur rundingan secara ikhlas.