Mantan PM Kuwait hoskan Majlis Santap Tengah Hari

Mantan PM Kuwait hoskan Majlis Santap Tengah Hari

KUWAIT, 19 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengahari yang dihoskan oleh His Highness Sheikh Nasser Mohammed Ahmed Al-Jaber Al-Sabah, Mantan Perdana Menteri Kuwait sempena Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Kuwait mulai
18 hingga 19 Mei 2015.

Majlis Santap Tengah Hari tersebut telah berlangsung di Istana Shuwaikh, Kuwait.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Istana Shuwaikh, Kuwait dialu-alukan oleh His Highness Sheikh Nasser Mohammed Ahmed Al-Jaber Al-Sabah.

Sebelum Majlis Santap Tengah Hari dimulakan, His Highness Sheikh Nasser Mohammed Ahmed Al-Jaber Al-Sabah, disembah kenalkan kepada delegasi Negara Brunei Darussalam.

KDYMM berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengahari yang dihos oleh Mantan Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Nasser Mohammed Ahmed Al-Jaber Al-Sabah. - Gambar Infofoto
KDYMM berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengahari yang dihos oleh Mantan Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Nasser Mohammed Ahmed Al-Jaber Al-Sabah. – Gambar Infofoto

p05-2_20150520

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya disembah kenalkan kepada tetamu-tetamu khas His Highness Sheikh Nasser Mohammed Ahmed Al-Jaber Al-Sabah, yang hadir pada majlis tersebut.

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (Bersara) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar.

ARTIKEL YANG SAMA