Mantap teknik memodenkan kuih tradisi

Mantap teknik memodenkan kuih tradisi

Oleh Anwar Rosly

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Seramai 20 orang penduduk Kampung Limau Manis, baru-baru ini, telah mengikuti Bengkel Kemahiran Memodenkan Kuih Tradisi anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Limau Manis dengan kerjasama IMBRU Essential Oils Enterprise di Bilik Sumber, Ladang Kelapa Pandan IMBRU, Projek Kemajuan Pertanian Pengkalan Batu.

Menurut kenyataan MPK Limau Manis, tujuan utama bengkel adalah untuk memantapkan kemahiran peserta dengan mendedahkan mereka kepada teknik memodenkan kuih tradisi mengikut kehendak dan cita rasa terkini supaya mendapat sambutan pelanggan di samping meninggikan taraf sosioekonomi peserta melalui program pembangunan inovasi satu kampung satu produk (1K1P) Limau Manis.

Tenaga pengajar bengkel tersebut terdiri daripada Hajah Noraini binti Haji Zubaidi dan Dayang Zahiya Denya Kamal.

Dalam bengkel itu, para peserta telah diperkenalkan dengan teknik pembuatan, pengayaan corak serta penampilan produk bagi memikat hati pengguna.

Demonstrasi pembuatan kuih tradisi yang moden.
Demonstrasi pembuatan kuih tradisi yang moden.

p10-4_20160118

Peserta juga mendengar pengalaman kedua-dua tenaga pengajar tersebut di samping berbincang mengenai teknik pemasaran terkini bersama Haji Usop bin Haji Abdul Razak Sidi selaku ‘Resource Person’ yang telah dilantik dan dijemput oleh MPK Limau Manis.

Bengkel sehari bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang itu dirasmikan oleh Ketua Kampung Limau Manis, Haji Mohaimin bin Haji Johari sementara penyampaian sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Pengkalan Batu, Haji Tahir bin Haji Tarip.

ARTIKEL YANG SAMA