Mantapkan bacaan khutbah

Mantapkan bacaan khutbah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 4 Mac – Dalam usaha memantapkan lagi bacaan khutbah oleh khatib-khatib pada setiap hari Jumaat, seramai 40 orang terdiri daripada pegawai-pegawai hal ehwal masjid, imam dan bilal Daerah Tutong telah mengikuti Program Pemantauan Tasmiq Khutbah bagi Daerah Tutong yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, pagi tadi.

Pemantauan ini telah disampaikan oleh Pegawai Unit Latihan dan Bimbingan, Haji Suhaimi bin Haji Mohd Noor dan Haji Shahri bin Haji Sulaiman.

Turut hadir ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohamad.

Pemantauan Tasmiq Khutbah ini merupakan salah satu inisiatif Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dengan tujuan bagi memupuk semangat berani pegawai-pegawai masjid dalam menyampaikan khutbah dengan jelas, serta meluruskan bacaan khatib-khatib dari segi gaya dan intonasi semasa membaca khutbah.

Haji Suhaimi dan Haji Shahri ketika menyampaikan pemantauan Tasmiq Khutbah.
Haji Suhaimi dan Haji Shahri ketika menyampaikan pemantauan Tasmiq Khutbah.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meyakinkan khatib-khatib agar berani berucap, bercakap, berhujah di khalayak ramai khususnya dalam berdakwah, memberikan tunjuk ajar dan cara untuk menarik perhatian audiens/jemaah untuk mendengar dan menghayati isi khutbah di samping mencari kaedah yang berkesan dalam penyampaian khutbah Jumaat.

Aktiviti pemantauan ini merupakan kali pertama diadakan oleh Jabatan Hal Masjid Daerah Tutong dan akan dilaratkan pada setiap dua minggu bagi meyakinkan lagi khatib-khatib untuk menyampaikan khutbah Jumaat dengan lebih berkesan.

ARTIKEL YANG SAMA