Mantapkan budaya keselamatan

Mantapkan budaya keselamatan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 8 Mei – Syarikat Usaha Sama Brunei Shell (BSJV) secara rasminya memperingati Hari Keselamatan pada 6 Mei dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan aktiviti yang melibatkan penyertaan kakitangan dan rakan perniagaan pada masa yang sama di lokasi masing-masing dekat sini.

Acara dimulakan dengan pelancaran di Ibu Pejabat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Panaga, di mana ia diketuai oleh Pengarah Urusan BSP, Andrew Faulkner.

Aktiviti bermula pukul 7:00 pagi, di mana ketua-ketua jabatan mengalu-alukan dan memberi peringatan kepada kakitangan syarikat di semua lokasi dan kemudahan BSP mengenai Hari Keselamatan.

Semasa pelancaran tersebut Andrew Faulkner menekankan bahawa setiap individu perlu bertanggungjawab dan akauntabiliti bagi prestasi keselamatan di BSP.

Ini diikuti dengan satu siri penglibatan kakitangan di pejabat-pejabat, tempat kerja di darat dan luar pantai, termasuk aktiviti berkaitan dengan keselamatan yang dianjurkan untuk terus menanamkan pemahaman tentang budaya keselamatan.

Kakitangan ditunjukkan cara betul memeriksa tayar kenderaan.
Kakitangan ditunjukkan cara betul memeriksa tayar kenderaan.
Ketua-ketua di Syarikat Brunei LNG mengagih-agihkan risalah keselamatan kepada kakitangan yang tiba di kawasan loji syarikat itu.
Ketua-ketua di Syarikat Brunei LNG mengagih-agihkan risalah keselamatan kepada kakitangan yang tiba di kawasan loji syarikat itu.

Di Syarikat Brunei LNG Sdn Bhd pula, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Awang Mohamad bin Awang Damit bersama para pengarah urusan rakan-rakan niaga BLNG dan pihak-pihak berkepentingan utama lain telah memperingati Hari Keselamatan di kawasan loji Brunei LNG di Lumut.

Dalam ucapan pelancarannya, Awang Mohamad mengiktiraf penglibatan kakitangan Brunei LNG, rakan-rakan perniagaan dan yang berkepentingan daripada Syarikat Brunei Methanol (BMC) dan Shell dalam lawatan ke tapak pengurusan atau “Management Turun Padang” yang diadakan sebelum majlis pelancaran tersebut.

Menurutnya, lawatan itu bertujuan bagi menunjukkan sikap memeduli dan kepimpinan.

Sementara itu, Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) memperingati Hari Keselamatan di Bandar Seri Begawan dengan diketuai oleh Pengarah Urusan BSM, Pengiran Shamhary bin PDP Haji Mustapha.

Ketua HSE Iftikhar Aslam menyatakan komitmen keselamatan syarikat itu dengan berkata, “kami mahu meneruskan tema mencapai sasaran sifar (kemalangan), sebagai bukan saja bagi tema sempena Hari Keselamatan 2015, tetapi merupakan tema setiap hari kami”.

Objektif utama bukan sahaja melalui dialog, tetapi juga mencapai peningkatan dalam prestasi keselamatan melalui meningkatkan perubahan dalam sikap di tempat kerja dan juga di rumah,
“kami menggalakkan anda semua untuk berfikir tentang bagaimana kita boleh mematuhi dan sentiasa menghormati dalam menjaga keselamatan antara satu sama lain,” ujarnya.

Diadakan setiap tahun, Hari Keselamatan Global bertujuan untuk mengukuhkan budaya keselamatan kepada seluruh syarikat, dan tahun ini tumpuan diberikan ke atas keselamatan proses, keselamatan manusia dan keselamatan jalan raya.

ARTIKEL YANG SAMA