Mantapkan hubungan China-CEEC

Mantapkan hubungan China-CEEC

NINGBO, China, 2 Julai (Bernama) – Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC yang pertama telah mengambil satu langkah penting ke arah menginstitusikan, dengan jawatankuasa penganjur memutuskan untuk membina sebuah dewan konvensyen di Ningbo bagi menjalin kerjasama seterusnya di antara kedua-dua pihak di masa hadapan.

Batu asas bagi dewan konvensyen yang baru untuk Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC itu telah diletakkan dalam satu majlis khas yang diadakan oleh Tasik Dongqian di pantai bandar Ningbo, di wilayah Zhejiang di Timur China, pada 8 Jun.

Memandangkan dewan konvensyen yang baharu itu dijangka berfungsi sebagai ibu pejabat untuk Ekspo itu, ia bakal menjadi satu kuasa yang kuat untuk kerjasama di antara Ningbo dan negara-negara Eropah Tengah dan Eropah Timur.

Dengan memaparkan gaya seni bina wilayah Jiangnan di China (selatan Sungai Yangtze), dewan konvensyen itu akan dibina berhampiran tasik air tawar semulajadi yang terbesar di Zhejiang – Tasik Dongqian, sebuah tempat yang terkenal indah sejak zaman kuno yang terletak di timur Ningbo. Dewan konvensyen itu dijadualkan dibuka pada tahun 2017 untuk berkhidmat sebagai venue utama untuk mesyuarat-mesyuarat tahunan, pameran dan rundingan Ekspo untuk mendalami kerjasama ekonomi dan pertukaran budaya antara Ningbo dan negara-negara CEE.

“Pembinaan dewan konvensyen itu akan memudahkan kerjasama dan pertukaran antara Ningbo dan negara-negara CEE,” kata Lu Ziyue, Datuk Bandar bagi bandar raya. Ningbo, yang turut hadir pada majlis meletakkan batu asas itu. Lu juga menyuarakan harapan beliau untuk menjadikan Ningbo sebagai pilihan pertama bagi negara-negara CEE untuk melabur dan mempunyai hubungan budaya yang kuat.

Sementara itu, pada hari kedua Ekspo Pelaburan dan Perdagangan China-CEEC, lima dewan pameran untuk produk khusus dari beberapa negara CEE, iaitu dari Poland, Hungary, Republik Czech, Bulgaria dan Slovakia, secara rasmi dibuka kepada orangramai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ningbo, yang dijangka menarik lebih ramaipengunjung dan pembeli dari China dan dari luar negara. Lima dewan pameranakan terus dibuka walaupun selepas Ekspo China-CEEC Expo berakhir secara rasminya pada 12 Jun.

ARTIKEL YANG SAMA