Mantapkan lagi perkongsian risikan

Mantapkan lagi perkongsian risikan

SYDNEY, 21 Dis (AFP) – Australia dan Indonesia hari ini bersetuju memantapkan lagi perkongsian perisikan dalam usaha memerangi keganasan, beberapa hari selepas pihak polis memberkas beberapa orang lelaki yang disyaki merancang pengeboman berani mati di Jakarta.

Ketika serbuan di beberapa bandar di seluruh Pulau Jawa pada Jumaat dan Sabtu lepas, polis menahan lima anggota yang disyaki rangkaian pelampau dan merampas kimia, peralatan makmal dan bendera yang mendapat inspirasi dari kumpulan Negara Islam (IS).

Operasi dilaporkan ekoran daripada maklumat dari Polis Persekutuan Australia dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Berikutan rundingan tahunan dua hala dengan rakan sejawatan Retno Marsudi di Sydney, Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata dia tidak boleh membutirkan tentang komplot yang dikatakan itu, tetapi berkata perkongsian perisikan adalah penting.

“Memadai dengan mengatakan bahawa Australia sentiasa bersedia untuk memainkan peranannya dan dalam misalan ini polis Indonesia sangat berjaya menghalang cubaan kegiatan pengganas,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA