Mantera Uchimura capai hajat

Mantera Uchimura capai hajat

GLASGOW, 29 Okt (Reuters) – “Mencapai kesempurnaan” adalah mantera ahli gimnastik dari Jepun, Kohei Uchimura, dan sambil memenangi gelaran berpasukan pada kejohanan gimnastik dunia semalam, dia juga memenuhi impian lamanya, memberikan persembahan yang begitu sempurna.

Juara Olimpik itu dikenakan penalti kerana melangkah keluar dari kawasan persembahan, kemudian mencetuskan keadaan riuh-rendah ketika dia terjatuh dari bar horizontal.

Bukanlah persembahan yang dijangka daripada pemegang gelaran dunia lima kali yang berusaha untuk “membuat persembahan sempurna sepanjang rutin saya dalam pertandingan yang sama”.

Apabila ditanya bagaimana dirasakan untuk membantu Jepun menamatkan penantian mereka selama 37 tahun bagi gelaran berpasukan lelaki dunia, Uchimura menarik nafas dan bergelut untuk mencari perkataan untuk menggambarkan emosinya.

“Saya mahu memiliki rutin yang sempurna, jadi saya merasa teruk,” katanya. “Tetapi saya tidak pernah memenangi pertandingan berpasukan, dan walaupun ia tidak sempurna, kami masih memenangi pingat emas.

Aksi menarik Kohei Uchimura sejurus sebelum terjatuh ketika bersaing dalam acara final Pasukan Lelaki Kejohanan Gimnastik Dunia di Glasgow, Scotland pada 28 Oktober 2015. – AFP
Aksi menarik Kohei Uchimura sejurus sebelum terjatuh ketika bersaing dalam acara final Pasukan Lelaki Kejohanan Gimnastik Dunia di Glasgow, Scotland pada 28 Oktober 2015. – AFP

“Seterusnya saya adalah peserta terakhir, saya mahu melakukan apa yang dijangka dari pesaing terakhir.”

Uchimura tidak memonopoli kesilapan, dengan rakan sepasukan, Yusuke Tanaka jatuh dari bar selari dan bar mendatar.

Nasib baik bagi Jepun, China melakukan lebih banyak kesilapan.

Zhang Chenglong, satu-satunya peserta yang terselamat dari pasukan Olimpik China 2012 yang menguasai, terkeluar dari kawasan di atas lantai latihan sebelum tiga persembahan hambar di atas pelana kuda, termasuk kejatuhan dari Xiao Ruoteng, yang meletakkan mereka di tangga ketujuh.

Jadi membiasakan kepada kejayaan selepas memenangi 10 dari 11 gelaran dunia lelaki dan tiga dari lima pingat emas Olimpik yang ditawarkan sejak 1994, China enggan meninggalkan Glasgow tanpa mendapat pingat berpasukan.

Tiga persembahan menarik di atas bar selari, diungguli dengan kutipan mata 16.066 dari Deng Shui, yang menyaksikan mereka melakukan rali bagi memenangi pingat gangsa dengan gabungan purata kutipan mata 269.959.

Bagaimana pun, kutipan pingat tidak kekal.