Mantuka FT muncul juara

Mantuka FT muncul juara

Oleh Pengiran Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Pasukan Mantuka FT mencatat rekod tanpa kalah sekali gus menjuarai tangga liga dalam kejohanan ‘Cabaran Futsal J4F’ yang berlangsung hari ini di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah.

Sebanyak tujuh pasukan menyertai kejohanan tersebut dan antara pasukan tersebut ialah Gunners, Manggis FT, Akariva FC , Atlas, Azmain Shah dan HMY.

Pemain terbaik kejohanan itu disandang oleh Awang Hadee bin Junaidi juga selaku penjaga gol dari pasukan Mantuka FT yang mencatatkan rekod tanpa bolos.

Kejohanan ini adalah sebagai mempertingkatkan lagi sukan Futsal kepada anak-anak tempatan.

Ia juga bertujuan memberi peluang bagi cabaran baru kepada pemain-pemain pasukan futsal baru di Negara Brunei Darussalam.

Pasukan Mantuka FT mencatat rekod tanpa kalah sekali gus menjuarai tangga liga dalam kejohanan ‘Cabaran Futsal J4F’
Pasukan Mantuka FT mencatat rekod tanpa kalah sekali gus menjuarai tangga liga dalam kejohanan ‘Cabaran Futsal J4F’