Manuskrip tertua Al-Quran ditemui

Manuskrip tertua Al-Quran ditemui

LONDON, 23 Julai – Sebuah universiti Britain hari ini mendedahkan bahawa ujian saintifik membuktikan manuskrip Al-Quran yang berada dalam koleksinya adalah salah satu yang paling lama diketahui dan mungkin ditulis hampir kepada zaman Nabi Muhammad.

Pengumuman Universiti Birmingham itu telah menggembirakan ilmuan Islam dan masyarakat Islam tempatan yang bangga sebagai salah sebuah penduduk Islam terbesar di negara itu. penemuan itu dibuat selepas persoalan yang dibangkitkan oleh seorang pelajar kedoktoran yang membawa kepada ujian radiokarbon yang mentarikhkan manuskrip itu pada zaman Nabi Muhammad, yang pada umumnya dipercayai hidup di antara tahun 570 dan 632.

“Manuskrip itu mungkin ditulis selepas Nabi Muhammad meninggal dunia,” David Thomas, seorang profesor Kristian dan Islam di Universiti Birmingham berkata tentang pecahan tulisan dengan dakwat pada kulit kambing atau kambing biri-biri.

“Beberapa bahagian Al-Quran yang terkandung dalam pecahan itu sangat serupa dengan Al-Quran yang ada hari ini. Ini menyokong pandangan bahawa Al-Quran yang kita ada sekarang lebih kurang sangat dekat dengan Quran ini kerana ia dibawa bersama dalam awal tahun-tahun Islam.”

Kebiasaan orang Islam mengatakan Nabi Muhammad menerima Al-Quran antara 610-632 tetapi ia tidak ditulis serta-merta. Pemimpin pertama masyarakat selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, Khalifah Sayyidina Abu Bakar, telah mengarahkan buku itu ditulis dan ia diselesaikan oleh pemimpin ketiga, Khalifah Sayyidina Uthman, dalam tahun 650. Thomas berkata ujian yang dijalankan oleh Universiti Oxford mengatakan binatang yang mana kulitnya digunakan untuk menulis manuskrip hidup ketika hayat Nabi Muhammad atau sejurus selepas itu.

Dua lembaran manuskrip mengandungi beberapa bahagian surah, atau bab, 18 hingga 20. Manuskrip itu ditulis dengan dakwat dalam bentuk awal skrip Arab dikenali sebagai Hijazi.

Manuskrip itu telah lama menjadi sebahagian daripada Perpustakaan Penyelidikan Cadbury universiti itu. Tetapi ia diikat dengan tidak teratur dan direkatkan pada lembaran manuskrip dengan skrip serupa yang tidak begitu lama. Perpustakaan mempunyai kira-kira 200,000 pra 1850 buku bertarikh dari 1471 dan kira-kira 4 juta manuskrip. – Agensi