Mapan, inklusif teras dasar ASEAN

Mapan, inklusif teras dasar ASEAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos (Bernama) – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah hari ini berangkat menghadiri Malis Perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa berucap merasmikan mesyuarat berkenaan menggesa supaya kemapanan dan inklusif menjadi teras dasar-dasar ASEAN untuk membina sebuah perkumpulan yang benar-benar bersepadu.

Beliau berkata, sebagai sebuah komuniti, ini bermakna perlu memberikan penekanan sewajarnya terhadap agenda pembangunan.

Katanya, penubuhan Komuniti ASEAN yang akan dilancarkan pada Disember ini adalah satu langkah yang bersejarah bagi ASEAN.

Duli Yang Teramat Mulia bersama Menteri-Menteri Luar ASEAN yang lain kemudiannya membuat perjumpaan dengan Datuk Seri Mohd Najib dan menghadiri Sesi Plenari dan Sesi Retreat AMM ke-48.

Duli Yang Teramat Mulia menerima junjung ziarah Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Perasmian Mesyuarat AMM ke-48 di PWTC kelmarin. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia menerima junjung ziarah Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Perasmian Mesyuarat AMM ke-48 di PWTC kelmarin. – Infofoto

pg03_150805_g

Duli Yang Teramat Mulia bersama menteri-menteri luar ASEAN mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. - Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia bersama menteri-menteri luar ASEAN mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. – Infofoto

pg03_150805_f

pg03_150805_b

pg03_150805_e

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan berangkat menghadiri perasmian Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-48. - Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan berangkat menghadiri perasmian Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-48. – Infofoto
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan isteri-isteri menteri luar ASEAN semasa menghadiri resepsi minum petang dianjurkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Rosmah Mansor. – Bernama
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan isteri-isteri menteri luar ASEAN semasa menghadiri resepsi minum petang dianjurkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Rosmah Mansor. – Bernama

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-48 yang bermula hari ini membincangkan cara untuk menangani kepercayaan dan keyakinan yang terhakis dalam kalangan negara anggota di tengah-tengah aktiviti penebusgunaan tanah dan ketegangan yang memuncak di Laut China Selatan.

Dalam hubungan ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata menteri-menteri berkenaan menggesa para pegawai kanan supaya memperhebatkan rundingan mereka agar Kod Tatalaku (CoC) boleh diwujudkan secepat mungkin.

CoC adalah senarai peraturan yang akan melaksanakan mekanisme bagi mengelak konflik di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber semula jadi, berikutan terdapat pertindihan tuntutan wilayah maritim membabitkan Brunei, Filipina, Malaysia, Vietnam, China dan Taiwan.

Dalam taklimat media bersempena AMM ke-48, Anifah berkata menteri-menteri mengambil maklum kemajuan dalam perundingan ke arah pewujudan CoC, khususnya perjanjian antara ASEAN dan China untuk mara ke tahap seterusnya dalam rundingan serta perbincangan berhubung rangka kerja, struktur serta elemen CoC yang dicadangkan itu.

Perkara itu penting sekali untuk dikendalikan secara konstruktif dan meneroka kemungkinan untuk melaksanakan langkah pencegahan.

Ini bagi memastikan perbezaan pendapat dalam kalangan pihak-pihak terbabit dalam perkara berkaitan Laut China Selatan tidak meningkat kepada suatu keadaan yang mungkin menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan, kata Anifah.

“Kami bersetuju bahawa pelaksanaan kawalan kendiri dalam mengendalikan aktiviti yang boleh merumitkan atau meningkatkan ketegangan perlu diperhebatkan,” katanya.

Anifah berkata isu berhubung Laut China Selatan dibincangkan dengan terperinci oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN pada sesi pleno dan retreat yang diadakan selepas upacara perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebelah pagi.

Dalam kedua-dua mesyuarat itu, menteri-menteri luar mengesahkan semula peri pentingnya untuk mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di samping kebebasan pelayaran dan penerbangan merentasi Laut China Selatan, sebagai laluan laut yang penting dalam komunikasi untuk perniagaan dan perdagangan serantau serta antarabangsa.

“Kami menekankan kepentingan pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak di Laut China Selatan secara menyeluruh dan berkesan,” katanya.

ASEAN dan China memeterai Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak di Laut China Selatan (DoC) pada 2002 dan bersetuju untuk merangka CoC sebagai garis panduan untuk mengelak sebarang pergeseran atau konflik di Laut China Selatan.

Menyentuh tentang hubungan luar, Anifah berkata menteri-menteri bersetuju untuk memberi status rakan dialog sektoral kepada Norway selain menilai dan meneliti permohonan beberapa negara untuk mendapat status rakan.

“Minat banyak negara yang ingin mewujudkan hubungan rasmi ini menggambarkan kepentingan ASEAN,” katanya.

Berhubung pergerakan luar biasa manusia di Asia Tenggara, Anifah berkata menteri-menteri menegaskan kepentingan supaya isu itu diselesaikan termasuk mengenal pasti punca sebenar dan faktor penyumbang lain.

ARTIKEL YANG SAMA