Maradona dakwa bekas isteri

Maradona dakwa bekas isteri

BUENOS AIRES, 19 Julai – Legenda Argentina, Diego Maradona akan mendakwa bekas isterinya, Claudia Villafane di mahkamah, minggu depan atas tuduhan kehilangan 6 juta dolar AS daripada sebahagian hartanya.

Bekas kapten Argentina itu percaya duitnya hilang daripada akaun di bank tempatan dan antarabangsa, lapor akhbar, Diario Popular.

Laporan itu berkata sesi pendengaran akan dilakukan Selasa ini dengan kehadiran bekas isterinya dan dua anak perempuannya, Dalma dan Gianinna Maradona.

Dalam satu temuramah di stesyen radio La Once Diez, Dalma Maradona mempertahankan ibu mereka.

“Saya akan menjadi orang yang pertama mengatakan emak saya adalah orang paling jujur di dunia. Saya bersumpah,” kata Dalma.

Dalma, 28 turut berharap kes itu dapat diselesaikan di luar mahkamah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA