Maradona: Jangan pulang Argentina tanpa piala

Maradona: Jangan pulang Argentina tanpa piala

BUENOS AIRES, 24 Jun (AFP) – Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona menegaskan kepada skuad kebangsaan negara itu supaya tidak pulang jika mereka gagal memenangi Copa America Centenario Ahad ini.

“Kami pasti akan menang Ahad ini…dan jika tidak menang, mereka tidak perlu pulang,” kata Maradona, 55.

Bintang yang sudah bersara itu ditemuramah media Argentina pada ulang tahun ke-30 dua gol terkenalnya ketika menentang England pada Piala Dunia 1986. Argentina akan bertemu Chile yang mara ke final kejohanan, yang pertama kali diadakan di luar benua Amerika Selatan, selepas menewaskan Colombia 2-0.

Argentina yang diterajui kapten Lionel Messi mara ke final selepas menewaskan tuan rumah, Amerika Syarikat, 4-0 Selasa lalu.

ARTIKEL YANG SAMA