Maradona kecam ‘diktator’ FIFA

Maradona kecam ‘diktator’ FIFA

LONDON, 25 Mei (AFP) – Legenda Argentina, Diego Maradona mengkritik ketua bola sepak dunia Sepp Blatter, dengan menggelar pemimpin dari Switzerland berusia 79 tahun itu sebagai ‘diktator’ dan mendakwa percubaannya untuk penggal kelima sebagai Presiden FIFA ‘tidak masuk akal’.

Kritikan peribadi Maradona itu dalam The Daily Telegraph tiba beberapa hari sebelum Blatter memburu penggal kelima untuk menerajui badan dunia bola sepak itu. Blatter akan berdepan Putera Ali bin Al Hussein dari Jordan dalam saingan satu lawan satu untuk terus memegang jawatan yang disandangnya sejak 1998 selepas Luis Figo dan Michael van Praag menarik diri minggu lalu. Dia dikritik secara meluas dan Maradona tergamam kerana dia adalah pilihan untuk mengekalkan jawatan tertinggi FIFA.

Pemenang Piala Dunia 1986 itu memberitahu The Telegraph: “Di bawah Sepp Blatter, FIFA kurang dihormati aib bagi kami yang prihatin dengan bola sepak.

“Apabila saya menemui hampir tidak seorang secara terbuka menyokong Blatter, ramai berfikir dia akan memenangi penggal kelima. Mengapa? Seluruh gagasan bagi penggal kelima tidak masuk akal pada 2015. Tidak seorang pun mempertikaikan dia adalah individu terbaik untuk tugasan itu dan layak menang.

“Baru–baru ini dia berikrar untuk menangani rasis dalam bola sepak dan mempromosikan wanita dalam sukan. Ia menjadikan saya tertawa. Persoalan saya adalah: “Sepp, apa yang anda lakukan dalam empat penggal yang lalu?”

“Kita ada diktator seumur hidup. Saya menggelar Blatter ‘lelaki ais’ kerana dia kekurangan inspirasi dan keghairahan terhadap bola sepak. Jika ini adalah wajah bola sepak antarabangsa, kita berada di tempat yang teruk.”

Pilihan raya akan diadakan dalam Kongres FIFA di Zurich Jumaat ini dengan pemenang memerlukan majoriti daripada 209 ahli persekutuan FIFA.

Blatter menerima sokongan umum yang kuat dari hampir setiap persekutuan rantau kecuali UEFA Eropah. Tetapi penggal keempat lelaki kuat dalam bola sepak itu dibayangi kontroversi terutamanya menganugerahkan Piala Dunia 2022 kepada Qatar.

ARTIKEL YANG SAMA