Maradona puji bekas kelabnya Napoli

Maradona puji bekas kelabnya Napoli

MILAN, 11 Jan (AFP)– Diego Maradona menyatakan pujian kepada Napoli ketika bekas kelabnya itu mencerahkan peluang merangkul trofi Serie A pertama sejak 1990 dengan dua mata mengatasi juara bertahan Juventus dan Inter Milan selepas membelasah Frosinone 5-1, awal pagi tadi.

Kali terakhir Napoli berada di persada liga pada babak kedua musim adalah 26 tahun lalu, apabila Maradona mengetuai The Partenopei menjulang gelaran kedua Serie A pada 1990.

Namun, kekalahan mengejut 3-1 Fiorentina di tangan Lazio kelmarin menjadi pencetus kepada Napoli, dan selera mereka semakin meluap-luap apabila tiba giliran Inter pula diaibkan Sassuola 1-0 di San Siro, semalam.

Hanya empat bulan lalu, Maradona mengkritik pengendali Napoli, Maurizio Sarri secara umum berikutan permulaan kempen yang kurang meyakinkan.

ARTIKEL YANG SAMA